Selasa

1:33 PG


Penerbangan juruterbang wanita itu turut menarik perhatian dunia selepas mereka berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah di Arab Saudi di mana negara tersebut melarang keras wanita untuk memandu kereta.


Trio juruterbang Royal Brunei Airlines mencipta sejarah apabila muncul kru wanita pertama menerbangkan pesawat bernilai USD$200 juta untuk penerbangan pertama syarikat berkenaan ke Arab Saudi baru-baru ini.

Pesawat Boeing 787 Dreamliner  dengan 300 penumpang dari Brunei ke Jeddah itu dikendalikan 3 wanita muslim iaitu Kapten Sharifah Czarena dibantu pegawai kanan pertama, Sariana Nordin dan Dk Nadiah Pg Khashiem.


Mereka dipertanggungjawab oleh Royal Brunei Airlines menerbangkan jet berkenaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Brunai pada 24 Februari lalu. Brunai mendapat kemerdekaan dari United Kingdom pada 1984.

Kapten Sharifah Czarena menjalani latihan penerbangan di Sekolah Penerbangan Cabair di Cranfield, Bedfordshire dan mengendalikan pesawat milik syarikat itu untuk beberapa laluan utama di seluruh dunia.

Pada Disember 2013, Sharifah Czarena muncul juruterbang pertama Royal Brunei Airlines mendaratkan Boeing 787 Dreamliner di Heathrow, London.

Kru penerbangan wanita menerbangkan pesawat jarak jauh kini menjadi trend kebelakangan ini.

Minggu lalu, beberapa syarikat penerbangan termasuk Air Canada dan Air India mempertanggungjawabkan kepada kru penerbangan wanita untuk menerbangkan pesawat syarikat masing-masing sempena Minggu Penerbangan Wanita Seluruh Dunia.



Sementara itu, Royal Brunei Airlines menyatakan pihaknya mengambil inisiatif menggalakkan lebih ramai wanita menyertai kerjaya berkenaan yang secara tradisinya dikuasai lelaki dengan destinasi penerbangan ialah Arab Saudi yang hak wanita di negara itu terhad menyebabkan berita mengenai kru penerbangan wanita Brunai itu menjadi viral di Internet. -