Jumaat

12:01 PG


Seorang pemuda Islam Palestin di Gaza menjadi penyelamat kepada penduduk setempat apabila berjaya mencari penyelesaian kepada krisis air yang melanda daerah itu.


Memetik laporan AJ+, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Fayez al-Hindi menggunakan tenaga solar untuk membekalkan air bersih untuk kegunaan keluarganya.

“Matahari sentiasa ada di negara kami. Alhamdulillah. Jadi saya cuba mencipta makanisme sistem penulenan air melalui penyulingan untuk menghasilkan air minuman.”, kata Hayez.

Difahamkan, 90 peratus kadar kebersihan air di Gaza tidak boleh diminum berikutan pencemaran yang teruk dan juga tahap garam yang tinggi.

Menggunakan sistem itu, Hayez berjaya menghasilkan 2.6 gallon (9.8 liter) air minum yang cukup untuk rumah dan keluarganya.

Cara yang digunakan oleh Hayez mudah sahaja iaitu dengan memanaskan air yang kotor menggunakan matahari sehingga menjadi wap. Wap itu kemudian tersejat, ditadah ke dalam basin dan sedia untuk diminum.

“Biarpun ia air laut; yang masin; ia (sistem penulenan) akan menghasilkan air suling.”, kata Hayez.

Pakar, Mohammed Abu Shamaleh, telah pun menganalisis air yang telah dihasilkan oleh sistem Fayez dan hasilnya sangat memuaskan.

“Penyulingan adalah cara yang lama, cumaƂ yang kreatifnya ialah adalah Fayez menggunakan kuasa solar untuk membuatnya.”, katanya.

Fayez kini bercadang untuk membina sistem bagi orang lain untuk membantu mereka di Gaza.