Isnin

4:05 PTG



Kajian Sains tentang kelebihan Bersuci buatkan kita teruja nak tahu | Setiap perkara yang digariskan oleh Allah SWT kepada kita mempunyai banyak kelebihan atau hikmah-hikmah tertentu untuk hamba-hambaNya. Maka makin ramailah ahli-ahli sainstis teruja lalu terbuka hatinya untuk bersama dalam Islam dek kerana, setiap kelebihan dalam penemuan yang dikaji sudah di sebut oleh Allah SWT dalam Al-Quran. - Digital Dakwah



Kelebihan Bersuci dari pandangan sains

1. Bersuci daripada Hadas Kecil - Pengertian

Apabila kita berkumur, kita dapat membersihkan mulut dan penjagaan gigi dan gusi akan lebih sihat. Memasukkan air ke rongga hidung seperti vaksin kerana dapat menghilangkan penyakit resdung dan selsema.

Muka, tangan, dan kaki adalah tempat yang sensitif untuk terkena penyakit kulit. Jika kerap basuh maka bakteria itu tidak dapat membiak dengan sempurna. Pada bahagian pergelangan tangan adalah habitat kesukaan bakteria terutamanya di celahan kuku kerana tempat itu paling kotor. Tangan digunakan untuk memegang misalnya. Daripada itu, mereka turut menumpang pada pergelangan tangan kita.

Kulit merupakan organ terbesar pada tubuh badan kita dan merupakan organ yang paling kering. Kulit perlu sentiasa lembab. Dengan mengambil whudu’ seperti basuh muka, basuh tangan, basuh sedikit di bahagian kepala, dan kaki dapat memberi sedikit kelembapan kerana bahagian lain sudah tertutup oleh pakaian. 

Apabila kulit kering, ia akan menjadi kusam dan tidak bermaya. Semasa ini hama kecil akan datang dan menyebarkan penyakit kepada kulit kita dan apabila kita berwudhu’ maka kulit kita kembali segar.
Secara amnya, apabila kita dalam keadaan tertekan atau mengantuk, kita akan basuh muka. Ini kerana ia dapat memberi ketenangan dan kesegaran semasa kita membasuh muka. Dalam soal wudhu’ ia dapat memberikan ketenangan dan kesegaran berpanjangan.

Kita berjalan menggunakan kaki, dengan kaki kita akan berpijak pada tempat yang tidak ketahui kebersihannya. Dengan kerap membasuh kaki dalam berwudhu’ dapat membersihkan kaki dari sebarang kekotaran.


2. Bersuci daripada Hadas Besar - Pengertian

a) Jika kita membuang air kecil kita hanya diwajibkan membasuh pada bahagian kemaluan kita tetapi jika kita  mengeluarkan air mani kita diwajibkan mandi keseluruhan tubuh badan kita. Ini kerana :

Air kencing merupakan sisa-sisa daripada pemakanan seharian kita. Manakala air mani adalah materi yang terhasil dalam tubuh badan kita. Jika selalu melakukan persetubuhan maka kita akan berasa letih dan tidak berdaya.

Sabda Rasulullah;
“Sesungguhnya air mani itu adalah cahaya matamu dan tulang sumsummu”.

Mandi dapat meningkatkan kesegaran dan membuang segala peluh dan daki yang terhasil semasa air mani itu keluar. Air mani kaum Adam ini tidak sama dengan air mani kaum Hawa. Ini kerana air mani kaum Adam mengandungi sperma. Air mani adalah bertujuan untuk menghalang sperma daripada bahaya. 

Selepas keluarnya air mani tersebut maka badan lelaki akan dipenuhi oleh bahan kimia.
Bahan kimia tersebut sebenarnya adalah bertujuan untuk menghalang sperma daripada rosak oleh persekitaran luar. Sebenarnya ketika kita mengeluarkan air mani tersebut satu badan mengeluarkan bahan kimia tersebut melalui liang roma. Apabila terlalu lama, bahan kimia itu akan bertukar kepada habitat yang sesuai untuk virus dan baktiria. Jadi badan kita pada masa itu terdedah kepada pelbagai penyakit. Apabila kita mandi dan meratakan keseluruhan air pada anggota tubuh badan kita, bahan kimia tersebut akan dibawa oleh arus air semasa kita mandi.

Hal ini terbukti apabila pada Zaman Gelap di Eropah, sejenis penyakit daripada hama  dan kutu daripada tikus telah tersebar dan berjangkit antara satu sama lain masyarakat Kristian dan Yahudi tetapi umat Islam sihat dan bebas segala penyakit tersebut.

Kajian Sains tentang kelebihan Bersuci buatkan kita teruja nak tahu


Air mani perempuan juga merupakan perkara yang sama.
b) Bagi perempuan pada satu masa mereka akan didatangi haid. Haid merupakan sejenis bahan buangan (ovum yang telah tamat tempoh dan pecah kerana tiada persenyawaan berlaku antara sperma) yang dibuang oleh ovari. Konsep haid ini adalah sama dengan konsep keluarnya air mani.

Semasa sedang dalam haid badan perempuan tersebut dipenuhi kekotoran hasil daripada darah haid itu.
Dalam keadaan haid, perempuan mudah tertekan dan terlalu sensitif. Ini kerana semasa pecahnya ovum tersebut ‘ hormone progesterone’ semakin meningkat. Semasa hormon ini meningkat ia telah menyempitkan fikiran dan minda pada ketika itu.

Apabila kita mandi ia akan menyegarkan badan, menyegarkan minda dan membangkitkan semangat yang hilang semasa dalam keadaan haid.

Semasa kita mandi urat yang tersimpul akan terlerai dan perjalan darah akan kembali normal.
Semasa dalam keadaan haid juga badan akan mengeluarkan bau-bauan yang kurang menyenangkan.
Apabila kita mandi, bau tersebut akan hilang.

c) Darah nifas juga sama dengan haid tetapi bezanya darah nifas adalah hasil daripada melahirkan anak.
Semasa mengandung darah nifas ini adalah makanan kepada anak dalam kandungan. Ketika ini ia tidak dicemari oleh bakteria kerana ia dipertahankan oleh pelbagai antibodi.

Selepas melahirkan anak pelbagai bakteria akan berkumpul dan membiak. Ia akan melebarkan kawasannya hingga keseluruhan badan kita.  Dalam keadaan nifas bada kita sangat letih hasil lahirnya anak itu walaupun mandi banyak kali. Tetapi dengan mandi wajib selepas keringnya darah itu badan akan segar dan nyaman serta ceria.

pos: Kajian Sains tentang kelebihan Bersuci buatkan kita teruja nak tahu

Digital Dakwah

*********** update ***********


Hikmah Bersuci pandangan Islam

1. Bersuci daripada Hadas Besar

Untuk melakukan amal ibadat kepada Allah, diri kita harusnya bersuci dengan cara mandi wajib. Mandi wajib mestilah meratakan air keseluruhan badan. Antara faktor diwajibkan mandi wajib ialah:
I.          Terkeluar air mani
II.        Haid
III.     Nifas
IV.     Melakukan persetubuhan (Jima’)
Antara hikmahnya ialah;
a)      Manusia itu mempunyai dua nafsu iaitu nafsu hewani dan nafsu malaki . Ketika seseorang itu sedang melakukan persetubuhan (jima’), jiwa yang berkaitan berkaitan dengan alam malaikat tersiksa dalam badan yang najis, menanggung sakit kerana berjunub. Jika kita mensucikannya dengan mandi keseluruhan anggota badan tiada satu pun yang tertinggal maka jiwa kembali menjadi tenang dan hilang apa yang dibenci oleh manusia.
 b)      Selepas kita selesai mandi, badan kita akan terasa segar dan dapat menghilangkan kemalasan semangat dalam melakukan ibadah pada Allah. Semangat ini dapat menimbulkan keikhlasan di dalam hati sehingga dapat melakukan amal ibadat kepada Allah.
 c)      Apabila kita tidur, maka roh kita akan naik ke alam yang tinggi dan akan menyaksikan keagungan dan kehebatan rahsia penciptaan Allah Taala. Jika kita tidur dalam keadaan berhadath besar, maka rohnya tidak dapat melihat semua itu kerana suci merupakan pembebasan diri agar rohnya boleh naik dan bergabung dengan alam malaikat yang suci.
 d)     Perempuan yang mandi selepas haid, dapat membangkitkan rasa semangat dan persediaan yang baik untuk mengandung yang diinginkan setiap waktu jika telah beristeri. Jika masih belum bersuami, mandi wahib dapat membangkitkan semangat dan menghilangkan kemalasan.
 Firman Allah Taala,
  …dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
                                                                                             (Surah al-Baqarah : 2 :222)
 e)      Bagi perempuan yang habis waktu nifasnya, mandinya berfungsi sebagai menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan dan dapat mengembalikan tenaga yang telah hilang semasa mengandung, bersalin, dan dalam keadan nifas (pantang).
 f)       Sebagai fitrah manusia yang akan sentiasa perlu dibersihkan daripada kecil lagi iaitu ketika dilahirkan oleh ibu kerana ketika itu badan bayi tersebut dalam kekotoran akibat lumuran darah dan air ketuban ibu
 g)      Perintah mandi hadath merupakan satu penyucian batin daripada perasaan dengki, menipu, sombong, prasangka buruk atau perihal atau perbuatan yang menyebabkan dosa. Maka perintah untuk mandi hadath adalah untuk menyucikan perkara tersebut, kerana hadath itu sendiri tidak menghilangkan ibadah dan pengabdian diri pada Allah secara keseluruhannya. Bukannkah melaksanakan puasa dan zakat diperbolehkan meskipun dalam keadaan berhadath? Begitu pula berhadath tidak menghilangkan keimanan pada Allah Taala yang merupakan asas utama kepada segala ibadah. Ini kerana hadath bukanlah perkara yang maksiat dan bukannya penyebab dosa. Jadi dengan bersuci, perihal yang menyebabkan  sifat mazmumah[4]  yang ada pada diri kita akan terhapus.

 2. Besuci daripada Hadas Kecil.
 Bersuci daripada hadath kecil satu perbuatan mebolehkan kita melakukan ibadah khusus seperti solat dan tawaf. Berwudhu mempunyai susunan yang wajib yang kita patuhi iaitu;
I.         Niat,
II.       Membasuh keseluruhan muka,
III.     Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku,
IV.     Membasuh sedikit bahagian di kepala,
V.       Membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali,
 VI.    Tertib
Antara hikmahnya ialah;
a)      Pergelangan tangan adalah anggota yang pertama sekali dibasuh ketika wudhu’ . Walaupun ianya satu perkara sunnah tetapi ia da hikmah. Tangan adalah anggota yang paling sering digunakan untuk menyentuh segala jenis sesuatu, seperti bersalaman, makan dan memegang barang. Ketika ini dapat menggugurkan dosa-dosa kita melalui celah-celah jari.
 b)      Membersihkan mulut dengan berkumur-kumur  dapat menghilangkan bau-bauan yang busuk dalam mulut kita. Bukan itu sahaja, dengan berkumur ketika berwudhu’ dapat memelihara lidah daripada melakukan perkara yang terkutuk seperti mengumpat, memfitnah, menipu dan mengadu domba. Ia juga memelihara lisan supaya menyebut perkataan yang baik seperti berzikir.
c)      Membasuh keseluruhan muka dapat memelihara pancaindera daripada melakukan perkara maksiat dan menganjurkan perkara-perkara yang soleh;
  •  Mata:
Melihat sesuatu hingga naik syahwatnya atau melihat aurat dan melihat perkara sehingga melalaikan seperti menonton televisyen. Ia juga dapat meningkatkan ketaqwaan dengan melihat kebesaran Allah Taala seperti melihat bukti kebesaran Allah Taala seperti melihat bukit-bakau dan laut yang terbentang meluas. 
  •  Hidung:
Menghidu sesuatu hingga menaikkan syahwat seperti menghidu wangi-wangian daripada wanita.
  •  Mulut:
Hikmahnya seperti berkumur-kumur. Dalam hal ini menunjukkan bahawa mulut perlu dicuci dua kali kerana dosa banyak keluar daripada mulut.
 Rasulullah bersabda:
 Sesungguhnya ada dua anggota menyebabkan umatku masuk neraka iaitu lisan dan kemaluan.
                                                                                                                                                             .                                                                      (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dengan membersihkan muka ini, setiap daripada air yang mengalir dapat mengikis dosa yang dihasilkan melalui pancaindera kita.

d)     Tangan merupakan anggota yang penting dalam tubuh badan kita. Dalam kehidupan seharian kita penggunaan tangan paling kerap digunakan. Apabila kita membasuh tangan hingga ke siku dosa yang kita lakukan akan gugur apabila kita meratakan air tersebut. Ia juga dapat menghindari daripada maksiat tangan seperti mencuri dan meraba anggota atau perkara yang haram. Ia juga menggalakkan kita melakukan amalan soleh seperti menderma.
e)      Membasuh sedikit bahagian di kepala dapat menyegarkan minda dan mudah menerima kebaikan, dapat membezakan antara yang halal dan haram dan mudah menerima ilmu. Ia juga dapat menghapuskan dosa seperti memikirkan perkara yang negatif seperti berkhayal. Dosa akan mengalir keluar dari atas kepala hingga ke belakang telinga.
 f)       Memasukkan sedikit air dan menghembuskan dapat mengeluarkan syaitan yang terdapat pada bahagian kepala kita.
 g)      Menyapu air pada bahagian telinga dapat menhindari daripada mendengar perkara yang mendatangkan maksiat seperti mendengar orang sedang mengumpat dan dapat menguatkan telinga untuk mendengar perkara yang meningkatkan keimanan seperti mendengar orang membaca al-Quran.
 h)      Membasuh kaki hingga ke buku lali dapat mengeluarkan dosa daripada bawah kuku kaki kita. Ia dapat menghindarkan kita daripada kaki kita melangkah ke tempat maksiat seperti disko, kelab malam, pusat pelacuran, dan wild party. Membasuh kaki dapat meringankan kaki pergi ke jalan yang telah ditetapkan Allah Taala seperti masjid atau tempat yang penuh dengan amalan-amalan yang soleh.
 Pelbagai hikmah yang telah diberikan oleh Allah S.W.T  supaya hamva-Nya berada dalam keadaan bersuci dan bersih dalam melakukan ibadat terhadap-Nya.
 Sabda Rasulullah S.A.W,
 “Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
Disyariatkan beristinjak supaya menggauli bidadari syurga,Mencuci tangan agar boleh mengambil makanan daripada meja makan syurga, Berkumur-kumur agar dapat berkata-kata dengan Tuhan sekalian alam, Membersihkan hidung agar dapat menhidi bau-bauan syurga, Mencuci muka agar boleh melihat wajah Allah (mengikut pada amalannya), Mencuci kedua-dua tangan hingga ke siku dapat gelang dari syurga, Mengusap kepala memperolehi mahkota, dan Mencuci kedua-dua kaki dapat berjalan-jalan di syurga. ”

0 ulasan:

Catat Ulasan