Lelaki Bertato Dapat Hidayah Selepas Melihat Kelakuan Pelik Anaknya
Tidak semua manusia mendapat hidayah sepertimana lelaki bertato ini. Hidayah dari Allah SWT yang membawanya kejalan benar lalu bertaubat dan memilih agama Islam sebagai panduan hidup. Selepas kejadian itu lelaki bertato ini berhasrat untuk kongsikan kisahnya secara umum supaya dijadikan sumber yang berguna kepada manusia di seluruh Dunia.
INDONESIA - Lelaki yang mempunyai tato hampir seluruh tubuhnya yang dahulunya bersifat jahil, tidak bermoral, menafikan kebenaran beragama dan mempunyai rekod buruk di Negaranya dan berkali-kali di masukan penjara dengan pelbagai kesalahan yang tidak terkira banyaknya dipilih oleh Allah untuk diberikan hidayah dalam hidupnya.
Bermula kisahnya dimana lelaki bertato bernama Subarno ini baru sahaja bebas dari penjara Nusa Kambangan setelah bertahun lamanya dan terus pulang kerumah untuk bertemu keluarga tercinta terutama anaknya yang masih sekolah. Sebaik sahaja sampai ke kawasan perkampunyanya kelihatan sekumpulan remaja berpakaian sekolah sepertinya baru pulang dari sekolah berpendidikan agama. Turut kelihatan anaknya, lalu beliau mengikut jejak anaknya tanpa anaknya menyedari kepulangan beliau.
Sebaik sahaja sampai dirumah pandangannya tertumpu disudut penjuru bilik anaknya di mana anaknya sedang melakukan sesuatu yang beliau pun tidak pasti. Beliau masih lagi merahsiakan kepulangannya untuk melihat tindakan seterus yang dilakukan oleh anaknya.. Untuk mendapat pandangan lebih jelas beliau menghampiri anaknya dengan lebih dekat dan kelihatan anaknya memegang sebungkus kain yang diisi duit seperti duit simpanan anaknya.
Selepas itu kelihatan anaknya mengeluarkan duit dari koceknya dan menyimpannya di dalam bungkusan tersebut dan berkata dengan simpanan ini aku berhasrat supaya ayahku dapat pergi ke Makkah untuk menunaikan haji dan dapat membimbingku untuk menunaikan solat.
Sebaik si Sobarno (lelaki bertato) mendengar rintihan anaknya beliau terus menitiskan airmata yang penuh bermakna diiringi tangisan penuh keinsafan. Pada keesokan harinya beliau mengambil keputusan untuk memilih Agama Islam sebagai agama rasminya dengan niat dapat membawa keluarganya kejalan yang benar.
Beberapa hari kemudian dengan kemuliaan niat anaknya, Seorang individu telah membawa Sobarno pergi ke Makkah dan menunaikan ibadah Haji. Beliau juga becadang untuk menghilangkan tatonya selepas ibadah Hajinya selesai.
post: Lelaki Bertato Dapat Hidayah Selepas Melihat Kelakuan Pelik Anaknya
more: Digital Dakwah