Ahad

3:03 PG



Siapa sangka seorang gadis yang rajin beribadat tiba-tiba memilih jalan untuk keluar dari agama Islam. Seorang buruh binaan bernama Hashim tersentak apabila mengetahui kakaknya Mariam sudah tidak melakukan solat dan menyatakan telah keluar dari agama.

Ceritanya bermula dari perkenalan Mariam dengan seorang lelaki duda bernama Saiful. Lelaki bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat Oil & Gas. Perkenalan terjalin semenjak pertemuan di sebuah majlis keluarga.

Meskipun perkenalan baru berputik, Saiful kelihatan sangat baik kepada Mariam. Bahkan ia memberikan wang dan hadiah setiap kali berjumpa dengan gadis muslimah itu. Hari berganti hari perhubungan mereka menjadi semakin rapat dan Mariam mula menyukai Saiful. Lelaki yang berasal Manado, Sulawesi, Indonesia itu mula bercakap tentang Kebenaran Agama yang dianuti oleh Saiful kepada Mariam. Dengan tak di sangka Saiful adalah seorang Pendakwah Kristian yang di tugaskan membawa umat Islam menjadi murtad.

Tidak cukup menjalankan tugasnya bersendirian, Saiful datang ke rumah Mariam dengan membawa tiga pendakwah Kristian yang lain. Ketiganya mengaku sebagai pemimpin di sebuah gereja. Dengan menyebutkan beberapa ayat Al-Quran dan hadits, mereka kelihatan amat meyakinkan di mata Mariam. Gadis muslimah itu pun akhirnya kehilangan imannya. Dengan mudah ia beralih keyakinan apabila mendengar kata-kata pendakwah itu.

Beruntunglah, Hashim yang sangat peka terhadap keluarganya perasan tentang perubahan Mariam. Kakaknya yang dahulunya rajin beribadah, kini sudah tidak lagi, Mariam tidak Solat lagi. Yang lebih mengejutkan Hashim, bible dan buku-buku bergambar Yesus kelihatan di rumah kakaknya itu.

Mengetahui kakaknya telah murtad, Hashim menghubungi kakitangan Pejabat Agama Islam yang kemudiannya beberapa Ustaz telah datang untuk menyelesaikan masalahnya. Ketika penyerbuan dijalankan, Saiful dan beberapa pendakwah Kristian itu tiada di rumah Mariam.

Lalu penyiasatan bermula dengan sesi soal jawab bersama Mariam sementara menunggu kehadiran Saiful dan kawanya tiba, pihak Pejabat Agama telah mengesahkan gadis itu telah meninggalkan Islam. Ia telah berubah menjadi Nasrani dengan mengaku Yesus sebagai tuhannya. Ia juga mengaku alkitab sebagai kitab yang suci sedangkan Al-Quran bukanlah wahyu.

Mariam mengatakan, keterujaannya untuk menukar agama di sebabkan terpengaruh dengan cerita Saiful bahawa telah banyak Ustaz-ustaz terkemuka keluar agama. Menurut Pihak Jabatan Agama Islam, Saiful dan pendakwah itu sudah lama dikehendaki dan sedang dicari.

Menjelang maghrib Saiful datang untuk bertemu Mariam. Namun mengetahui kehadiran Pihak Jabatan Agama Islam, ia terus pulang. Puas Hashim menjelaskan bahawa Pihak tersebut hanya ingin berdialog dan dipastikan tiada penangkapan dibuat, Namun Saiful tetap melarikan diri. Hari semakin malam, mereka tidak kunjung tiba.

Pihak Jabatan Agama Islam akhirnya membuat penerangan terperinci dengan Mariam untuk menyedarkannya kembali. Pihak Jabatan tersebut meminta Mariam mengambil alkitab untuk membezakan kebenaran kandungannya...

Beberapa lama kemudia setelah Mariam mendengar dan melihat sendiri tentang perbezaanya, Mariam tertunduk, wajahnya menjadi merah dan kelihatan matanya seperti kosong terpinga-pinga, tertumpu memikirkan tentang perbezaan yang begitu jelas sekali antara bible dan Al-Quran.

Berikutan dengan penjelasan yang dibuat, sedikit sebanyak telah meyakinkan Mariam. Pihak Jabatan tersebut telah menjelaskan bahawa tidak ada satu pun dalam alkitab yang menunjukan perkataan Yesus harus disembah malahan ayat-ayat alkitab menunjukan bahawa Yesus pun memerintahkan menyembah kepada tuhan yang Maha Esa (ALLAH)

Mariam akhirnya begitu yakin sekali tentang kebenaran Al-Quran dan sedar bahawa dirinya telah disesatkan oleh Saiful dan kawan-kawanya. Ia yakin bahawa alkitab sekarang telah banyak kepalsuan dan Yesus bukanlah tuhan. Mariam pun kemudia kembali mengucap dan menjadi gadis muslimah. Alhamdhulillah.-sumber

Cerita ini diambil dari terbitan - Siri Bimbingan Tauhid Majalah Islam Sabili -
post: Kepalsuan Bible Terbukti!!! Gadis Murtad Kembali Taubat
More: Digital Dakwah