Rabu

5:05 PG



Ketahuilah betapa besarnya cinta Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W sehingga sesiapa yang mempunyai nama seperti Baginda pun akan diangkat darjatnya.. SUBHANALLAH...

Nama Muhammad atau Ahmad adalah nama seorang Nabi@Rasul bagi umat Islam iaitu Muhammad Bin Abdullah. Dalam kitab Injil Nama Muhammad di sebut Ahmad, tiada perbezaan makna diantara kedua-dua nama tersebut. Ahmad = Yang terlebih baik dan Muhammad = Yang sangat baik.

Dalam beberapa Hadis soheh :
Imam Tarmizi meriwayatkan,Rasulullah S.A.W berkata: "Gunakan nama kamu seperti nama para-para Nabi seperti Nabi Yusuf, Nabi Zulkifli dll dan yakinlah dengan kelebihannya" Ini bermakna lebih besarlah kelebihannya jika nama Baginda sendiri dijadikan nama anak lelaki. Hal ini juga di sebut dalam Hadis :

Abu Daud ra meriwayatkan, Rasulullah S.A.W berkata : "Namakanlah nama anak-anak kamu atau nama kamu dengan nama Aku (Muhammad) dan yakinlah dengan kelebihannya yang pasti Allah S.W.T berikan di Dunia mahupun di Akhirat kelak" 

Dalam masalah Aqidahpun, keislaman seseorang tidak akan sah dan tidak disebut sebagai muslim sebelum nama “Muhammad” disebutkan setelah nama Allah SWT, yakni ketika mengucapkan kalaimah Syahadat, demi melengkapi penyaksian akan ketuhanan Allah SWT yang mengutus Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul-Nya.

Para-para Ulama' sangat menganjurkan untuk memberikan nama anak-anak kita dengan nama “Muhammad” atau “Ahmad” Agar dapat Mengingati Keagungan dan Kemuliaan yang terdapat pada Pribadi Nabi Muhammad SAW, dan untuk mengenang masa Hidup Beliau dan jasa – jasanya dalam membawa umatnya dari jalan kegelapan menuju jalan yang penuh Cahaya Rahmat yang diRedhoi Allah SWT.

Banyak Hadis yang lemah (dhaif) menghuraikan tentang hal ini, diantaranya. Para malaikat yang menjaga neraka dan menyiksa orang-orang yang berdosa disana akan memberikan keringanan khusus kepada para muslimin yang bernama Muhammad, sehingga tidak menerima hukuman yang sama dengan para penghuni neraka lain dan akhirnya dimasukkan ke surga. Dalam Hadis lemah ini bermakna, kepada sesiapa yang bernama Muhammad atau Ahmad dikecualikan untuk dihisab dosanya dan terus dimasukan ke syurga.

Kesimpulannya, Allah S.W.T ingin menyatakan betapa besarnya pengabdian Nabi Muhammad S.A.W kepadaNYA sehingga sesiapa yang mempunyai nama seperti Baginda akan diangkat darjatnya.. SUBHANALLAH!!!

Jagalah setiap kelakuan, akhlak, sifat, keimanan kita supaya dapat menjadi insan yang terpuji seperti Nabi Muhammad S.A.W. dan segala kelebihannya terserlah kepada yang maha Esa.  INSYAALLAH, AMIN......... 

Sama-samalah kita kongsikan Ilmu Agama yang tiada penghujungnya untuk sama-sama kita pelajari... 
Kemaafan dan teguran dipinta jika ada kesalahan agar dapat pelajari daripadanya.... -Digital Dakwah