Sabtu

3:07 PTG



Amalan Mudah SOLAT DHUHA Yang Banyak Ganjaranya |  SOLAT DHUHA Antara ibadat sunat yang dikerjakan dan menjadi amalan Rasulullah SAW sendiri. Dua rakaat dalam SOLAT DHUHA menjadikan amalan seharian kita mudah dan ringkas yang dapat menarik rezeki, dijauhkan kita dari segala kemiskinan, segala dosa kita walaupun seperti buih di lautan dapat diampunkan jika kita menjaga ibadat dan amalannya, itu janji Allah yang pasti!!!

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).


Banyak hadis soheh menyatakan keutamaannya. Antaranya ialah dalam Riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadakau tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
“Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap thalil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagi ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha” - (Hadis Riwayat Al-Bukhri dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kita “An-Nurain”, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”
Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:
Maksudnya:
“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”
Gambar Hiasan

Waktu Solat Dhuha dikerjakan pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Sumber asal Terbitan Syukbah Dakwah, Masjid Negeri Sabah boleh download PDF di sini.


Gambar hiasan

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha.

“Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya” - (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Untuk mengamalkan solat sunat Dhuha, bagi mereka yang bekerja, adalah dicadangkan mengambil wuduk di rumah terlebih dahulu. Selepas itu, kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan berwuduk ke tempat kerja. In Shaa Allah, akan mendapat perlindungan Allah SWT semasa dalam perjalanan. Apabila sampai ke tempat kerja, boleh terus mengerjakan sembahyang sunat Dhuha.

1. Lafaz Niat Solat Dhuha;
“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”


2. Doa selesai solat Dhuha;

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”

Sumber asal artikel ini adalah terbitan Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Terengganu. Cara solat dhuha ini cuma sebahagian sahaja dari keseluruhan Panduan Mengerjakan Solat Sunat. Untuk download PDF lengkap dari Unisza, sila ke sini

Untuk doa dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu Jom!! tonton video di YouTube ini dari UNIC di bawah:

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya Kecantikan-Mu
Keindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu
Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, per-Mudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

<a href="//www.youtube.com/watch?v=QP49tSX3gKA" target="_blank" class="aeva_link bbc_link new_win">Doa Solat Dhuha - UNIC</a>