Jumaat

12:53 PG


Seorang pramugari ExpressJet beragama Islam telah memfailkan samansekeras-kerasnya terhadap syarikat penerbangannya, diatas dakwaan secara salah memberhentikan perkhidmatannya buat sementara kerana keengganannya menghidangkan arak kepada penumpang.


Digital Dakwah - Majlis hubungan Amerika-Islamik Michigan semalam mengumumkan ia memfailkan saman itu minggu lalu bagi pihak Charee Stanley, pramugari yang berpangkalan di Detroit sementara ibu pejabat syarikat penerbangan itu di Atlanta.

Kes di mahkamah persekutuan itu dibuat susulan aduan diskriminasi yang difailkan tahun lalu kepada Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama, yang menolaknya tanpa mengenal pasti sama ada syarikat penerbangan itu melanggar undang-undang atau tidak.

Charee mendakwa ExpressJet tidak menyediakan kemudahan keagamaan yang munasabah dan meminta bayaran gaji tertunggak dan ganti rugi lain. Beliau digantung kerja tanpa gaji pada musim panas lalu.

ExpressJet dalam satu kenyataan berkata syarikat itu menghargai perbezaan tetapi tidak boleh mengulas mengenai isu kakitangan tertentu atau litigasi yang masih berlangsung.