Sekarang ini ada banyak pusat rawatan yang meletakkan kata ‘Islamik’ pada nama pusat rawatan mereka. Paling tidak pun ada nama ala-ala Arab. Nak pula orang yang merawat tu pun memakai imej ‘Islamik’ juga. Kita pun jadi makin mudah nak percaya tanpa tahu benar atau salah. - DigitalDakwah
InshaAllah penulisan ini bertujuan untuk mengelakkan masyarakat kita dari penipuan golongan ‘penunggang agama’ ini dan sebagainya. Lebih utama lagi, sebagai umat Islam kita wajib menjauhkan diri daripada syirik.
Jadi macam mana nak tahu perubatan yang didakwa sebagai Islamik itu benar atau bukan, boleh pakai atau tidak? Periksa tentang 5 perkara ini.

1. Penampilan perawat dan sekitar pusat rawatan.
Kita boleh buat pemerhatian awal terhadap perawat dari penampilan mereka. Sebaiknya mereka berpakaian menutup aurat dengan sempurna dan tidak memakai sebarang tangkal atau perhiasan yang tak sepatutnya. Antara yang kita maklum, lelaki tak sepatutnya memakai rantai, gelang dan perhiasan emas.
Begitu juga dengan tempat rawatan. Kita boleh periksa serba sedikit dengan melihat di sekitarnya sekiranya ada terletak atau tergantung perhiasan yang meragukan.
Kalau ada apa-apa yang meragukan kita, tak salah untuk kita bertanya secara baik. Ini penting untuk kita dapatkan kepastian.
2. Tentang bayaran.
Sebaiknya tidak meletakkan atau merunding sebarang harga,bayaran ‘pengeras’ pada awal atau sebelum memulakan rawatan.
Pada hukumnya tidaklah haram, ianya harus (dibolehkan) dan tak dinafikan ada juga pusat perubatan yang menetapkan harga, tapi masih boleh pakai .
Tapi dalam praktis perubatan Islam, yang sebaiknya adalah pesakit hanya beri apa yang dia mampu dan rasa setimpal dengan rawatan yang diterima. Dalam erti kata lain yang selalu kita guna pakai ‘bayaran secara ikhlas’.
Dan bila bercakap pasal ‘bayaran ikhlas’, ada pula sebahagian daripada masyarakat kita cuma bayar semurah yang boleh. Janganlah begitu, itu mengambil kesempatan namanya.
Bab bayaran ni ada juga ustaz-ustaz yang tegas. Sebab mereka berpegang sungguh yang mereka tak jual ayat Allah.
Contoh: Bila dah dirawat, anda tanya: ‘Berapa bayaran ni ustaz?’. Sampai ke sudah la dia tak minta, tak terima, bahkan mungkin dia terus balik. Hasil rawatan tu semuanya izin Allah, dan kalimah dalam Al-Quran tu sangat tak ternilai untuk kita pandai-pandai letakkan harga.
Jadi macam mana nak bayar? Bagi saja jumlah yang anda nak bagi secara baik, tanpa tanya apa-apa. Dan pastikan sebolehnya jumlah tu setimpal dengan kadar rawatannya.
Untuk kebanyakan kes biasa, RM 50-100 sudah memadai,lebih dari cukup. Ini tidak termasuk rawatan yang lebih serius seperti gangguan santau, dan lain-lain. Untuk kes sebegitu perlu rujuk kepada mereka yang merawat.
Ada ustaz yang datang dari jauh untuk merawat kita, jadi perlu ambil kira jarak perjalanan mereka juga. Kalau kita yang pergi ke pusat rawatan tu lain cerita. Dan tempoh rawatan mungkin makan masa hingga 2-3 jam membaca ayat-ayat Ruqyah. Jadi kalau anda rasa berbaloi dan mampu, bayarlah lebih.
Kalau ada pusat rawatan atau perawat yang kenakan syarat bayaran atau ‘pengeras’ yang serba unik, sebaiknya tinggalkan.
3. Perihal bacaan.
Kita boleh pastikan bacaan yang digunakan dalam rawatan adalah dari ayat Al-Quran, dan zikir-zikir yang ma’thur dari hadith Rasulullah s.a.w.
Kalau ada sebarang bacaan yang meragukan atau kurang jelas semasa rawatan, silakan tanya: “Ustaz baca ayat apa ye?”.
InshaAllah nanti dia akan jelaskan, ayat atau zikir dari mana, sama ada ayat Al-Quran, zikir atau doa dari hadith ataupun apa yang dipelajari dari guru/syeikh nya. Dia sepatutnya mampu beri penjelasan, walaupun ringkas.
Kalau jawapan dia ada yang meragukan kita, atau berunsur khurafat, maka dengan sopan berkatalah: “Saya mintak diri duluuuu okbaii“.
Dalam rawatan Islamik, bacaan paling asas adalah bacaan istighfar, selawat, ta’awwuz, surah Al-Fatihah, 3 Qul (al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nās), dan Ayatul Kursiy. Bacaan diulang berkali-kali sehingga pesakit menunjukkan tindak balas dan dapat diubati, dengan izin Allah.
Jika perawat tu ada membacakan ayat-ayat yang jelas baik, InshaAllah kita boleh terima dan teruskan rawatan dengan mereka.
4. Menjaga aurat dan batas-batas yang berkaitan.
Pesakit tidak perlu buka aurat mereka, atau disentuh di tempat yang tak sepatutnya.
Yang sebaiknya dalam rawatan adalah kedua-dua pesakit dan perawat perlu berada dalam keadaan berwuduk, menutup aurat dengan sempurna, dan pesakit menghadap kiblat. Jadi kalau pesakit dan perawat adalah berlainan jantina dan bukan mahram, sebaiknya perlu ada sekurang-kurangnya seorang mahram sebagai saksi sepanjang rawatan.
Kalau betul-betul perlu, perawat mesti minta izin mahram pesakit sebelum menyentuh pesakit.
Kalau perawat minta buka baju kain semua, dan kita rasa tersangat ragu, silakan minta diri secara baik dan tinggalkan. Dah Islamik apanya kalau sampai pegang sana sini kan?
5. ‘Follow up treatment’
Sebelum rawat lagi, dah tetapkan perlu ada sesi ‘follow up’ sampai berkali-kali. Tak patut.
Dalam kebanyakan kes, tak perlu follow up pun. Kebiasaannya pesakit akan terus sembuh dalam sekali rawatan InshaAllah. Kecuali dalam kes yang lebih berat (seperti santau & sebagainya). Selalunya selepas rawatan, ustaz cuma akan nasihatkan pesakit untuk banyakkan bertaubat dan tambahkan amal, sebagai penguat diri.
Itulah ‘follow up treatment’ yang terbaik dan sebetulnya kembali beramal dan sentiasa meminta pertolongan hanya kepada Allah.
Bayangkan dalam satu sesi rawatan dia dah tetapkan bayaran sekian-sekian, lepas tu dia tetapkan pula perlu ada sesi follow up berkali-kali. Anda patut soal dia, “Ini pusat rawatan Islamik ke, Hair Care centre?”. Mesti dia akan terkesima di situ.
InshaAllah dengan memerhatikan 5 perkara asas ini anda akan dapat rawatan Islamik yang sebetulnya. Penulisan ini adalah dari pengalaman dan ilmu saya yang sangat sedikit. Saya tak nafikan ada banyak cabang lagi dalam ilmu perubatan Islam, tetapi itu adalah di luar pengamalan saya.
Kata al-Marhum TG Haron Din, rawatan Islam bukanlah rawatan alternatif, tetapi rawatan Islam adalah rawatan ‘complimentary’.
Alternatif bermakna ambil yang ini tinggal yang itu. Seperti pilihan bila satu cara tak jadi, baru kita pilih cara lain. Perubatan Islam bukan begitu. Perubatan Islam perlu diambil bagi melengkapi (complement) rawatan alopati (konvensional). Ia tak sepatutnya menjadi pilihan kedua bagi umat Islam. Rawatan Islam dan alopati perlu seiring dalam setiap rawatan yang dijalani.
Contohnya sebelum memulakan pembedahan, boleh dibacakan Ruqyah terlebih dahulu. Doktor atau perawat perlu memberikan harapan dan kekuatan rohani kepada pesakit.
Semoga bermanfaat. Wallahu a’lam.
Video di bawah ini memaparkan cara-cara lengkap menyediakan penawar bagi pesakit Darah Tinggi dan Kencing Manis dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan disertakan bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran....

Gambar perhiasan |

Melengkapi di sini pula bermaksud kita amalkan zikir, sentiasa berdoa, membaca Al-Quran, selawat dan lain-lain di samping menjalani rawatan konvensional. Kerana perubatan konvensional adalah penawar bagi jasmani, tetapi perubatan Islam adalah penawar bagi roh dan hati. - Digitaldakwahhttp://digitaldakwah.blogspot.com/2016/11/5-tips-kenali-rawatan-islam-supaya-tidak-terpedaya.html