Ahad

8:34 PTG



Keperibadian Rasulullah terhadap isteri, anak wajar dicontohi pasangan zaman ini Sebuah keluarga yang bahagia mampu melahirkan masyarakat sejahtera kerana kehidupan setiap individu bermula di rumah atas didikan dan bimbingan ibu bapanya. Apabila individu itu dibentuk dengan baik maka masyarakat di sekelilingnya akan harmoni dan sejahtera. ~ Digital Dakwah


Keluarga Bahagia Cara Rasulullah | Melahirkan keluarga sejahtera dan harmoni, ibu bapa hendaklah berusaha membentuk anak menjadi generasi hebat dan berkualiti. Contoh membina keluarga boleh diperoleh daripada pendekatan Rasulullah kepada ahli keluarganya. Rasulullah SAW adalah seorang suami dan ayah yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan keluarga” Rasulullah SAW adalah bapa yang sangat penyayang. Walaupun baginda pemimpin masyarakat, kewibawaannya sebagai suami dan ayah tidak dapat ditandingi.

Rasulullah SAW juga seorang suami yang sangat romantik. Ringan tulang bantu isteri urus rumah tangga Baginda bersikap adil kepada isterinya dan dapat menguruskan kehidupan rumah tangga dengan baik. Nabi SAW juga seorang suami yang ringan tulang, sering membantu isteri dalam urusan rumah tangga tanpa disuruh. Saidatina Aisyah menceritakan, jika Nabi berada di rumah, Baginda selalu membantu. Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyinsing lengan baju membantu isteri di dapur.

Diriwayatkan oleh Ahmad: “Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan Baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian.” Ada ketikanya romantis Nabi SAW sehinggakan Baginda sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya ke pangkuan isterinya seperti dinyatakan oleh Aisyah dalam Sahih Bukhari, “Nabi SAW membaca al-Quran iaitu mengulang hafalan dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid.” Isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Baginda ketika ingin pergi ke masjid. Keperibadian Baginda terhadap isteri seharusnya dicontohi pasangan zaman ini.

Ia sangat sesuai dipraktikkan bagi memikat pasangan dan melahirkan kasih sayang antara suami isteri. Luang masa bersama keluarga Contohnya, keluar bersiar pada hujung minggu. Semua maklum setiap pasangan zaman ini mempunyai tugas dan karier, namun pasangan perlu meluangkan masa untuk bersama keluarga. Hal ini selari dengan sunnah Nabi Muhammad SAW yang suka keluar bersama isterinya.

Diceritakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim: “Rasulullah apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.” Hadis riwayat Muslim juga menyebut Rasulullah SAW suka membawa Aisyah makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika, Nabi SAW pernah menolak pelawaan jirannya berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka jika Aisyah tidak turut diundang bersama. Penyayang terhadap anak Baginda Rasulullah SAW juga ayah yang penyayang.

Baginda lemah lembut kepada Qassim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Umi Kalthum dan Siti Rakiah. Baginda sangat mencintai dan mengasihi putera dan puterinya. Diriwayatkan, setiap kali puteri Baginda, Fatimah ingin masuk ke dalam bilik, Baginda akan bangun dan memimpin tangan Fatimah dan didudukkan di sebelahnya. Sesungguhnya Nabi SAW sungguh peka terhadap diri anak Baginda. Begitulah kasih sayang Baginda melayan mereka dengan penuh kasih sayang.

Putera Nabi SAW, iaitu Ibrahim meninggal dunia ketika usianya masih kecil. Walaupun Baginda sibuk dalam urusan dakwah, ketika Ibrahim sakit tenat, Baginda akan sentiasa menziarahi anaknya, bermain dan menggembirakan hati Ibrahim. Baginda SAW cuba menghilangkan derita yang ditanggung anakandanya tercinta walaupun buat seketika. Nabi Muhammad SAW sangat sedih ketika Ibrahim menghembuskan nafas yang terakhir sehinggakan mengalirkan air mata. Rasulullah SAW adalah seorang suami dan ayah yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan keluarganya. Marilah kita berdoa kepada Allah supaya mengurniakan kebahagiaan rumah tangga dan memberikan kekuatan serta petunjuk untuk membina rumah tangga harmoni. – Dd

Kredit: Al-Mukhlisin

Entry title: Keluarga Bahagia Cara Rasulullah



Saksikan Video Ceramah dari:
Ustaz Akhil Hayy ~ “Cipta Kebahagiaan Cara Rasulullah”
Ceramah Padu Islamik siri keinsafan oleh Ustaz Akhil Hayy Rawa Al Haj (Penceramah/pendakwah Malaysia, Bekas penyanyi rock, Seleberiti TV Oasis) untuk santapan minda kearah membentuk sifat positif.




Kredit Video: Digital Dakwah Channel
Next
This is the most recent post.
Catatan Lama

0 ulasan:

Catat Ulasan