Sukan Ekstrem
Papan Luncur Jadi Pilihan Walaupun Berpurda | Sukan adalah satu aktiviti yang biasa
dilakukan sama ada untuk mengisi masa lapang mahupun untuk pertandingan. Malah
dengan bersukan juga tubuh badan menjadi sihat dan bertenaga serta dapat
menguji daya kekuatan fizikal dan mental. Sekumpulan gadis ini membuktikan
bahawa tiada halangan untuk bersukan walaupun berpakaian purda ini seperti
ninja, yang penting aurat dan batasan terjaga. Kata mereka…
Rasulullah SAW sendiri sentiasa mengingatkan umatnya menjaga
kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan.
Sejarah Islam dan Wanita dalam Sukan
Sejarah silam telah membuktikan adalah
cabang kesihatan fizikal dan mental (fizikal cergas, mental cerdas). Zaman
Rasulullah S.A.W, Saidatina Aisyah Isteri nabi sendiri pernah berlumba lari
dengan Rasulullah S.A.W ketika bermusafir. Ada ketikanya Saidatina Aisyah menang dan ada
ketikanya kalah dalam perlumbaan tersebut. Safiyyah, ibu saudara Rasulullah
S.A.W dan kakak kepada Saidina Hamzah telah membuktikan ketangkasan dalam
tindakkannya semasa menyertai Perang Uhud. Ketika orang Islam ditimpa
kekalahan, sebahagian dari mereka mula melarikan diri dari medan perang. Melihat keadaan ini dan demi
maruah Islam, Safiyyah bersama tombak di tangannya terus memukul muka mereka
dengan tombak sambil menyemarakkan semula semangat mereka untuk terus berjuang.
Semasa Perang Khandak, sekali lagi membuktikan ketangkasan dan kecergasan
Safiyyah. Pada ketika itu, Safiyyah dengan pancang di tangan mengetuk kepala
pengintip Yahudi sehingga mati.
Kehebatan wanita
Islam terdahulu bukan setakat menyertai perang, malah ada yang bertanggungjawab
sebagai perisai kepada Rasulullah S.A.W di medan pertempuran. Contohnya Ummi Ummarah,
seorang wanita Ansar yang mula-mula memeluk Islam. Beliau menyertai peperangan
Uhud, Hudaibiyyah, Khalbar, Ummratul-qadha, Hunain dan Yamamah. Beliau menjadi
perisai kepada Rasulullah S.A.W apabila ada musuh yang menghampiri baginda.
Kisah kehebatan, semangat perjuangan, keberanian, sumbangan dan pengorbanan
wanita Islam di zaman silam tiada tolok bandingnya. Islam adalah agama yang
meletakkan wanita setaraf dengan lelaki.
Ketangkasan,
kecergasan fizikal dan mental mereka membuktikan mereka melakukan latihan
fizikal dan mental yang berulang sama seperti apa yang dilakukan dalam bersukan
atau bersenam. Islam sangat menitikberatkan pembentukan jasmani yang sihat
sejak kecil lagi.
Dilihat dari sudut
kematangan Negara Malaysia
kini, kaum wanita jauh lebih hebat malah martabat kaum wanita terus dijulang
sehingga mampu memegang tampuk pimpinan Negara. Persidangan Dasar Wanita Negara
bukti betapa kerajaan tidak pernah mengabaikan wanita malah kebajikan dan
maruah wanita terbela. Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai
agama persekutuan negara kaum wanita tidak pernah ketinggalan dalam apa jua
aspek sama ada dalam bidang pentadbiran, pendidikan, politik, ekonomi, sosial
dan sukan selagi berlandaskan syariat Islam. Dalam bidang sukan, wanita tidak
ketinggalan malah harum di persada dunia seperti pemain Nur Suryani Mohd Taibi
atlet menembak Malaysia .
Berpakaian menutup aurat dan beliau pernah merangkul pingat emas pertama dalam
acara 50 meter rifle 3 posisi wanita akhir di lapang sasar,Jakabaring,Palembang .
Hal demikian menunjukkan bahawa Islam sebagai agama
syumul bukan sahaja menekankan aspek peribadatan semata malah satu cara hidup
yang merangkumi peraturan dan panduan dari segenap aspek kehidupan manusia
termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian, ketenteraan dan sukan.
Dunia mengetahui bahawa sukan menjana kecergasan fizikal dan mental, bermakna
dengan bersukan badan sihat otak cerdas (cergas cetus cerdas).
Pepatah
Arab ada menyebut bahawa ‘al-aql salim fi jism as-salim’ ‘otak yang cerdas
datangnya dari badan yang sihat’. Walau bagaimanapun dan dalam apa juga bidang
termasuk bidang sukan, Islam tetap menetapkan beberapa syarat dan peraturan
sebagai rujukan dalam menjana setiap gerak-geri umatnya terutama dalam kalangan
wanita agar tidak terpesong daripada ajaran Islam yang hakiki. - Sumber
Saksikan Video Dibawah:
0 ulasan:
Catat Ulasan