Jumaat

8:32 PTG



Kenali Masjid Quba', Masjid Yang Menjanjikan Pahala Seperti Mengerjakan Umrah | Masjid Quba’ adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah.

Dalam Al Qur’an disebutkan bahawa masjid Quba adalah masjid yang dibangun atas dasar takwa. “Sesungguhnya masjid itu yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba) sejak hari pertama adalah lebih patut bagimu (Hai Muhammad) bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya terdapat orang-orang yang ingin membersihkan diri…….(At Taubah, 108)

Masjid Quba’ dibina pada tahun 1 Hijrah atau 622 Masihi. Ia terletak di sebelah tenggara kota Madinah dan hanya kira-kira lima kilometer dari Masjid Nabawi. Ia juga menjadi lokasi pertama dalam setiap ziarah luar di kalangan jemaah haji dan umrah. Bagi mereka yang mahu merebut ganjaran sekali umrah tidak melepaskan peluang keemasan untuk berkunjung ke Masjid Quba’ saban hari.









Ganjaran Sekali Umrah Di Masjid Quba’

Di Madinah, tempat ziarah yang sering dikunjungi dan termasuk di dalam itinerari adalah Masjid Quba’, Jabal Uhud dan makam syuhada’ Uhud serta ladang tamar. Selalunya, jemaah dinasihatkan agar berwuduk di hotel penginapan dan berusaha mengekalkannya sehingga tiba di Masjid Quba’ dan bersolat sunat dua rakaat.

Masjid Quba’ adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah". (Musnad Ahmad: 15981).

Ia menjelaskan bukan bermakna kewajiban ibadah umrahnya telah tertunaikan jika seseorang menjalankan solat di Masjid Quba. Siapa yang solat di Masjid Quba maka dia mendapatkan pahala setara dengan pahala Mengerjakan umrah.

Siapalah yang tidak teruja dengan Kelebihan ini?.

Sumber: Kisah Islam
By: Digital Dakwah

"Kenali Masjid Quba', Masjid Yang Menjanjikan Pahala Seperti Mengerjakan Umrah"