Khamis

11:44 PG


INDONESIA -  Para penonton dan juri rancangan uji bakat The Voice Kids Indonesia terpegun seketika apabila seorang remaja mula mengalunkan selawat.


Sharla Martiza Isya'iah, remaja berusia 13 tahun, itu pada mulanya tidak begitu menarik perhatian para juri Agnes Monica, Bebi Romeo dan Muhammad Tulus semasa beliau mendendangkan lagu Memory oleh Cats. Namun di saat-saat akhir, Agnes menekan butang pembaz, tanda beliau mahu memilih remaja itu sebagai anak didiknya.

Agnes kemudian bertanya kepada Sharla tentang lagu lain yang digemarinya, lapor Astro Awani. Sharla berkata beliau menggemari lagu-lagu qasidah sebelum diminta menyanyikan sebuah lagu.

Sebaik saja Sharla membuka mulut dan bernyanyi, Agnes ternyata terkejut dan beliau berkali-kali mengungkapkan "bagus!".

"Suara kamu bagus dan stabil! Untung saya pilih."
Dua lagi juri turut terpesona dengan mutu suara dan kebolehan Sharla, - Astro Awani

Dengarkan keindahan suara Sharla di video berikut -