Rabu

12:01 PTG


HIMPUNAN ALUNAN AZAN SELURUH DUNIA DAN KELEBIHAN MELAUNGKAN AZAN | Ramai diantara kita tidak tahu akan kelebihan seseorang apabila melaunkan azan. Selepas anda membaca beberapa artikal dibawah tentang kelebihan melaungkan azan pasti kita akan berlumba-lumba ingin melaungkan azan... Dan disertakan juga Himpunan Alunan Azan Seluruh Dunia DENGAR DAN DOWNLOAD...


Berikut ini beberapa keutamaan pengumandang azan (Tukang azan) sebagaimana disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam.

Setara dengan Pahala Shaf Pertama

Disebutkan dalam riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda, "Jika manusia mengetahui (keutamaan) saf pertama dan azan, dan mereka tidak boleh mendapatkannya melainkan dengan undian, pastilah mereka akan melaksanakan undian (untuk mendapatkan kemuliaannya ). "

Kedudukan yang Mulia

Disebutkan dalam al-Adzkar, Imam an-Nawawi menukil satu riwayat mulia yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari sahabat Muawiyah bin Abu Sufyan, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa sallam bersabda, "Para muadzin adalah orang-orang yang paling mulia darjatnya di Hari Kiamat."

Seluruh Makhluk menjadi Saksi

"Tidaklah terdengar suara muadzin oleh jin, manusia, dan makhluk apa pun," demikian sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam yang driwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Sa'id al-Khudzri, "melainkan semua (makhluk) itu akan memberi keterangan pada Hari kiamat. "

Saking mulianya para muadzin ini, para ulama membahasnya panjang lebar dan membandingkan kedudukan muadzin dan para imam solat. sebahagian ulama mengatakan, kedudukan keduanya sederajat. Sebahagian lainnya meninggikan kedudukan para imam. Sebahagian lainnya lagi lebih mengunggulkan para muadzin. Dan yang terakhir, disyorkan bagi seseorang yang mampu menjadi imam lebih memilih menjadi imam, dan jika tidak, mereka digalakkan untuk menjadi muadzin.

Betapa mulia para muadzin ini. Mereka terjaga dan bangun lebih awal untuk membangunkan kaum Muslimin. Jika pun sebahagian mereka ada yang mendapat ganjaran duniawi, sungguh derajat akhirat lebih mulia dari segala sukatan dunia.

Sebagai penutup, amat penting kiranya bagi calon mertua untuk menyeleksi calon menantu laki-lakinya kelak. Jika ia boleh mengumandang azan, letakkan pada kedudukan dipertimbangkan. Andai terbiasa azan, jangan segan untuk memilihnya. Dan jika tidak pernah azan dengan alasan sibuk bekerja, pertimbangkanlah baik-baik.

Sebab azan adalah dakwah yang paling mudah.


Himpunan Alunan Azan Seluruh Dunia DENGAR DAN DOWNLOAD...

1. Adzan – Al Albani

2. Adzan – Al Aqsha

3. Adzan – Bosnia

4. Adzan – Fajr

5. Adzan – Iran

6. Adzan – Masjidil Haram

7. Adzan – Madinah

8. Adzan – Uni Emirat Arab

9. Adzan – Turkey

10. Adzan – Mishary Al Afasy

11. Adzan – Misyari Rasyid

12. Adzan – Mohammed Taha al-Junayd

13. Adzan – Yusuf Islam

14. Adzan – Metro Tv

15. Adzan – Imam Muda Malaysia

16. Adzan Shubuh – Abu Hazim

17. Adzan Shubuh – Tpi

18. Adzan Shubuh – Rcti

19. Adzan Shubuh – Indosia

20. Adzan – Malaysia-Adik Muhammad Hafis

21. Azan 2015 best voice

22. Azan - Imam Muda Nuri

23. Azan - Imam Muda Taufek

24. Azan - ALLAHYARHAM Ust Asri Rabbani

25. Azan - Solat Jumat di Cina, Guang Zhou, Masjid Saad Bin Abi Waqqas

26. Azan - Muslim call to prayer in Japan - Tokyo Mosque

27. Azan - Muslim Mengumandangkan Adzan Di Tengah Jalanan Kota New York


DAPATKAN CD KOLEKSI AZAN SEDUNIA DENGAN HARGA PROMOSI RM 5.00 SAHAJA.SEMENTARA STOK MASIH ADA!!!
post : HIMPUNAN ALUNAN AZAN SELURUH DUNIA DAN KELEBIHAN MELAUNGKAN AZAN
by : Digital Dakwah

0 ulasan:

Catat Ulasan