Jin Vs Syaitan / Asal usul Jin | 1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru),
dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .
2)
Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka
telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi
kepada
dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan
yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4)
Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan
kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
orang-orang
melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah,
orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena??
hahaha..)
5) Tempat
tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat
tinggi (KLCC), tandas dan kubur.
6) Beliau
menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya),
perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya
jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat
membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin
dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
!!!!
(terkena lagi?? hahaha..)
7) Jin
tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh
yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal
pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa
itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun
membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah
tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
Manusia
juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang,
terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang
juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9)
Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk
lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu
tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika
budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
bacakan
ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa
orang yang di rasuk.
KULIAH
JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS
Jin Vs Syaitan
Post: Digital Dakwah
* Kalau
rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang
lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
0 ulasan:
Catat Ulasan