Isnin

5:45 PTG



Surah Ash Shaffat adalah surat ke 37 dalam Al Quran. Makna surah ini adalah yang bershaf-shaf. Ayat yang menjadi hati (inti) dari surat ini ialah ayat ke 37:

Sebenarnya dia (Muhammad) telah datang membawa kebenaran dan membenarkan rasul-rasul (sebelumnya). (Ash Shaffat : 37).

Menurut Imam Qurthubi, keutamaan ayat-ayat dalam surah ini adalah :

Keutamaan Surah Ash-Shaaffat

1. Ayat terakhir untuk bacaan doa


Tiga ayat terakhir surah Ash Shaffat sering digunakan untuk mengakhiri doa. Perkara tersebut telah diriwayatkan dari Hadis Abu Said al Khudri bahawa sebelum salam Rasulullah SAW membaca


Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan & kesejahteraan dilimpahkan keatas Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.(Ash Shaffat :180-182).

Imam Qurthubi juga menyatakan bahawa Harun Abdi dari Abu Said al Khudri telah berkata: Aku sering mendengar Rasulullah SAW membaca tiga ayat terakhir dari surah Ash Shaffat di akhir selawat atau ketika hendak berganjak.

Al Mawardi menyebutkan : Asy Sya’bi meriwayatkan, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :

Barangsiapa ingin supaya pahalanya ditimbang dengan takaran yang mencukupi pada hari kiamat, maka hendaklah ia membaca di akhir majlis sewaktu hendak berdiri: Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.(Ash Shaffat :180-182).


2. Dijauhkan dari keburukan


Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa membaca surah Ash-Shaffat, ia akan dikurniakan pahala sepuluh kebaikan dengan sejumlah setiap adanya makhluk jin dan syaitan, dijauhkan dari godaan syaitan, diselamatkan dari kemusyrikan, dan pada hari kiamat dua malaikat penjaganya akan bersaksi bahawa ia mempercayai semua rasul.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 4/309).

Imam Qurthubi meriwayatkan dari Abu Umar menyebutkan dalam kitab At Tamhid dari Sa’id bin Musayyab, ia berkata: Telah sampai kepadaku bahawa orang yang membaca ayat ke 79 dari surah ini :


Keselamatan atas Nuh di seluruh alam (Ash Shaffat : 79)
maka akan terhindar dari sengatan binatang berbisa.

Surah Ash Shaaffat dan Terjemahan
Keutamaan Surah Ash-Shaaffat
Wallahu a’lam..

Video Alunan merdu bacaan Surah Ash Shaafat dari Yusuf Kalo..  Teruja,  asyik,  sebak, meremang bila dengar. Jom sama-sama kita dengar video serta terjemahan dibawah:

0 ulasan:

Catat Ulasan